MYAirline Dah ‘Terbang’ Ke Kuching, Kota Kinabalu Dan Langkawi…

Sambutan kian menggalakkan!... Bakal tambah 3 laluan domestik

MYAirline Dah ‘Terbang’ Ke Kuching, Kota Kinabalu Dan Langkawi…

SYARIKAT penerbangan tambang murah terbaharu, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) memulakan penerbangan sulungnya ke tiga destinasi iaitu Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi.

Meskipun pertama kali terbang ke Kota Kinabalu, ia mencatatkan faktor muatan melebihi 80 peratus sekaligus menunjukkan permintaan yang menggalakkan daripada penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, pihaknya begitu teruja dengan penerbangan ke tiga lokasi berkenaan di mana secara tidak langsung mengukuhkan kehadiran syarikat penerbangan itu ke dalam industri pelancongan.

“MYAirline percaya bahawa kemasukan kami ke destinasi ini akan membantu meningkatkan pelancongan di Malaysia dan menampung permintaan perjalanan yang semakin meningkat.

“Sejak pengumuman laluan dibuat, kami melihat sambutan menggalakkan daripada pengembara. Para penumpang boleh membuat penilaian untuk mendapat manfaat daripada tambang yang lebih berpatutan,” ujarnya.

Bermula 2 Disember, MYAirline akan menambah kekerapan penerbangan ke Langkawi kepada dua penerbangan harian, manakala kekerapan penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu akan ditingkatkan kepada tiga kali sehari mulai 23 Disember 2022.

Laluan itu akan dikendalikan oleh pesawat Airbus A320-200 dengan 180 tempat duduk dalam kabin kelas tunggal.

MYAirline juga merancang untuk menambah tiga lagi laluan domestik baharu iaitu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Sibu.

Bagi laluan antarabangsa pula, MYAirline menyasarkan akan bermula pada suku pertama 2023 dengan meninjau untuk terbang ke lokasi serantau di Asia Tenggara terlebih dahulu.

Selaras dengan komitmen syarikat penerbangan itu untuk mencapai matlamat kemampanannya, MYAirline berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang dilengkapi dengan tempat duduk yang ringan, inovatif dan mesra alam.

Ia juga mementingkan langkah keselamatan dan mematuhi keperluan peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta mempunyai keupayaan profesional untuk mewujudkan dan menyelenggara sistem bagi operasi pesawat.

Untuk maklumat lanjut mengenai MYAirline, layari www.myairline.my

MYAirline Dah ‘Terbang’ Ke Kuching, Kota Kinabalu Dan Langkawi…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker