Cukup-cukuplah berpolitik isu perjanjian – Asyraf

Cukup-cukuplah berpolitik isu perjanjian – Asyraf

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa perjanjian permuafakatan antara parti tidak dipolitikkan.

Katanya, ini kerana perjanjian itu bagi memastikan negara stabil bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Justeru, cukup-cukuplah berpolitik dan berpolemik.

“Fokus ke hadapan untuk sama-sama majukan negara dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda rakyat. Lima tahun lagi kembali bertarung di medan Pilihan Raya Umum,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan dipercayai bagi menjawab beberapa dakwaan perjanjian yang ditandatangani antara parti semalam bertentangan dengan perlembagaan negara.

Asyraf Wajdi berkata, pada masa sama, perjanjian itu dapat memastikan tiada lagi ‘Scheme of Thing’ untuk jual beli Ahli Parlimen hingga kerajaan bertukar ganti berkali-kali.

Katanya, perjanjian permuafakatan antara parti adalah untuk memastikan setiap pihak dalam kerajaan sentiasa menghormati dasar dan orientasi setiap parti yang bergabung.

“Dan perjanjian itu tidak sesekali menyentuh hal-hal sensitif yang merosakkan keharmonian persepakatan,” katanya.

Asyraf Wajdi menjelaskan perjanjian permuafakatan antara parti itu juga untuk memastikan tumpuan diberikan sepenuhnya bagi memacu kembali ekonomi dan mensejahterakan rakyat. BH

Cukup-cukuplah berpolitik isu perjanjian – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker