Badak air telan, muntahkan kembali budak

KAMPALA, Uganda – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Uganda ditelan seekor badak air sebelum binatang buas itu memuntahkan kembali mangsa, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa dimuntah keluar selepas saksi kejadian bertindak merejam badak air itu dengan menggunakan batu, kata polis.

Identiti mangsa tidak didedahkan. Dia bermain sendirian berhampiran rumahnya di tepi sebuah tasik di bandar Katwe Kabatoro Ahad lalu apabila seekor badak air yang kelaparan membaham mangsa menggunakan rahangnya yang besar, lapor saluran radio Capital FM Uganda.



Sebelum badak air itu sempat menelan mangsa sepenuhnya, seorang saksi kejadian, Chrispas Bagonza mula melempar batu ke arahnya, menyebabkan haiwan itu ‘memuntahkan’ mangsa kembali, demikian menurut agensi yang paling awal melaporkan kejadian tersebut.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan di bandar berhampiran, Bwera. Badak air tersebut dikatakan telah melarikan diri ke dalam tasik, demikian menurut laporan sama.

“Bagonza melempar batu ke arah badak air tersebut dan menakutkannya, menyebabkan ia melepaskan mangsa dari dalam mulutnya,

“Dia memberanikan diri untuk menyelamatkan mangsa,” kata Polis Uganda kepada akhbar Telegraph Uk.



Badak air dianggarkan membunuh sekurang-kurangnya 500 orang setahun di Afrika dengan mengunyah mangsa menggunakan gading yang boleh membesar sepanjang 30 sentimeter (sm). – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker