TERKINI: Tanah runtuh: 8 maut, 92 mangsa ditemui

TERKINI: Tanah runtuh: 8 maut, 92 mangsa ditemui

Lapan mangsa termasuk kanak-kanak disahkan meninggal dunia manakala tujuh cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan di Twitter, seramai 92 mangsa berjaya ditemui dalam operasi mencari menyelamat selepas kejadian awal pagi tadi.

Operasi itu masih lagi diteruskan untuk mengeluarkan semua mangsa.

Usaha itu turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang, Genting Highlands, Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.

Anggota Pasukan Khas Taktikal, Operasi dan Penyelamat (STORM) dan Unit K9 juga berada di lokasi.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dilaporkan berpuluh orang dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh berhampiran sebuah ladang, Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Bomba Selangor memaklumkan ketinggian runtuhan dianggarkan 30m dengan anggaran keluasan runtuhan tiga ekar.

Terdahulu, dalam kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi dan tiba di lokasi setengah jam kemudian.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Ahmad turut ke lokasi. FMT

TERKINI: Tanah runtuh: 8 maut, 92 mangsa ditemui


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker