Fahmi nafi keluar arahan ‘gam’ Ridhuan Tee dari RTM
Fahmi nafi keluar arahan ‘gam’ Ridhuan Tee dari RTM
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan dia mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di rancangan televisyen terbitan Radio Television Malaysia (RTM).
Katanya, larangan ke atas Ridhuan daripada muncul di Forum Perdana Ehwal Islam tersebut bukan di bawah bidang kuasanya.
“Tidak”, katanya yang dipetik oleh Bernama sambil menggelengkan kepala.
Rabu lalu, penceramah popular itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia digam oleh RTM.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Betullah tu,” katanya ringkas.
Sebelum ini beredar tangkapan layar sebuah kumpulan Whatsapp yang menyebut Ridhuan sebagai memaklumkan perkembangan itu.
Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya. Mk
Fahmi nafi keluar arahan ‘gam’ Ridhuan Tee dari RTM
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.