Zuraida, Ridhuan Tee sertai Muafakat Nasional yang diterajui Annuar Musa

Zuraida, Ridhuan Tee sertai Muafakat Nasional yang diterajui Annuar Musa

Ahli Parti Bangsa Malaysia, Zuraida Kamaruddin, yang juga bekas ketua wanita PKR, bersama penceramah terkenal, Ridhuan Tee Abdullah diumumkan menjadi anggota barisan pemimpin Muafakat Nasional.

Mereka antara 30 ahli dewan tertinggi MN yang diumumkan presiden NGO baharu itu, Annuar Musa, hari ini, di samping pemimpin Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki; dan Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abdul Hassan, yang dianggap sebagai penyokong tegar bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Salah satu daripada lima matlamat MN, yang membariskan ahli politik pelbagai parti, ialah “memperkasakan agenda Islam, Melayu, dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan,” kata Annuar dalam kenyataan.

Turut menganggotai saf kepimpinan MN adalah pemimpin Umno, Noh Omar dan Budiman Zohdi, serta ahli PBM, Edmund Santhara.

Menurut Annuar, pendaftaran keahlian MN sudah mencecah 20,000 orang dan dalam masa terdekat ia mahu melancarkan suatu “Sekolah Memahami Pemahaman Negara” dan menganjurkan jejalah ke seluruh negara.

Ia juga mahu mengadakan suatu sidang meja bulat dengan tokoh-tokoh masyarakat dan konvensyen.

“Inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh MN adalah dalam kerangka menerapkan nilai-nilai kesederhanaan şerta keterbukaan yang luas dan tinggi,” katanya. FMT

Zuraida, Ridhuan Tee sertai Muafakat Nasional yang diterajui Annuar Musa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker