‘Saya dengar jeritan anak panggil abah…abah, tapi kereta terus tenggelam’
‘Saya dengar jeritan anak panggil abah…abah, tapi kereta terus tenggelam’
ALOR SETAR: “Saya terkilan tak sempat selamatkan anak yang ada dalam kereta selepas saya dan isteri berjaya keluar ketika kereta mula tenggelam. Sebelum itu, saya berenang mencarinya dan masih terngiang-ngiang jeritan anak memanggil ‘abah’ tetapi gagal mengesan kereta itu,” kata Suhaimi Hassan, 37.
Suhaimi adalah bapa kepada Muhammad Khairil Muhaimin, 12, yang ditemui lemas dalam kereta PROTON Saga yang terbabas dan terjunam ke Sungai Korok, Jitra, petang kelmarin.
Mayat mangsa ditemui terperangkap dalam kereta itu pada jam 4.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Menceritakan detik pilu itu, Suhaimi berkata, selepas berjaya menyelamatkan isteri keluar daripada kereta yang tenggelam, beliau berenang semula mencari anaknya yang masih terperangkap dalam kereta.
“Saya gagal mengesan di mana kereta itu yang sudah tenggelam sepenuhnya dan kemudian meminta orang ramai membantu,” katanya.
Suhaimi berkata, kejadian berlaku pada jam 2.20 petang ketika dia bersama isteri, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan dan Muhammad Khairil Muhaimin yang juga anak sulungnya, dalam perjalanan ke Pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsunya yang berusia dua tahun.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba dia mendapati stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan, tetapi dia cuba mengawalnya, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
“Ketika itu saya terdengar anak menjerit ‘abah..abah’ dan pada masa sama, saya serta isteri cuba menyelamatkan diri keluar melalui tingkap kereta.
“Saya kemudian berenang mencari anak tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Suhaimi yang bekerja kampung berkata, banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu tetapi sukar diingati kerana masih trauma dengan kejadian itu.
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya. Arwah yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena, akan dikebumikan di Tanjung Kapur, Jitra selepas proses bedah siasat selesai.” katanya.
Suhaimi berkata, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena, tetapi bermalam di Tanjung Kapur sejak dua hari kerana ibu mentuanya tidak sihat. BH
‘Saya dengar jeritan anak panggil abah…abah, tapi kereta terus tenggelam’
Baca Artikel Menarik:
- M40 mahu minta tolong dari siapa?
- Final Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe
- Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
- UMNO tidak daif jika aset-asetnya dipulangkan – Puad
- Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula
- Kereta wanita dicalar kerana parkir di kawasan sementara
- Cacing ‘menari’ dalam testis lelaki
- Bangkai ‘anak Loch Ness’ di tepi pantai dipercayai ikan pari
- Lelaki tikam isteri, berang dihina berketurunan tidak baik
- UMNO dalam keadaan genting jika jawatan Presiden tidak dicabar – Penganalisis
- Kata parti pelbagai kaum tetapi mana wakil Melayu dari DAP untuk Kerajaan Perpaduan?
- Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
- Duit PAS dari ‘Tin Milo’ – Ahli Parlimen PAS
- Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]
Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]