Presiden MCA kunjungi Anwar, nyatakan sokongan
Presiden MCA kunjungi Anwar, nyatakan sokongan
Presiden MCA Wee Ka Siong mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Hadir bersama seorang lagi anggota parlimen parti itu Wee Jeck Seng, pertemuan susulan undangan Anwar itu berlangsung kira-kira setengah jam.
Mengucapkan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri, Ka Siong berkata pertemuan banyak menyentuh tentang isu-isu rakyat dan negara.
Katanya, dia juga mengutarakan isu-isu komuniti Cina serta bertukar pendapat mengenai masalah inflasi dan kos sara hidup, perkembangan politik terkini dan cara menarik pelaburan asing terutama dari China.
China, katanya, mempunyai potensi besar untuk melabur di Malaysia.
“Semoga kerajaan di bawah pimpinan PM10 akan terus maju, stabil dan pulih dalam era pascapandemik,” katanya.
Pertemuan itu berlangsung beberapa hari sebelum usul percaya terhadap perdana menteri Isnin depan.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 30 November mendakwa Perikatan Nasional (PN) memiliki akuan bersumpah (SD) daripada MCA dan MIC yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Mk
Presiden MCA kunjungi Anwar, nyatakan sokongan
Baca Artikel Menarik:
- M40 mahu minta tolong dari siapa?
- Final Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe
- Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
- UMNO tidak daif jika aset-asetnya dipulangkan – Puad
- Najib harap semua ahli UMNO jangan risau, bangkit semula
- Kereta wanita dicalar kerana parkir di kawasan sementara
- Cacing ‘menari’ dalam testis lelaki
- Bangkai ‘anak Loch Ness’ di tepi pantai dipercayai ikan pari
- Lelaki tikam isteri, berang dihina berketurunan tidak baik
- UMNO dalam keadaan genting jika jawatan Presiden tidak dicabar – Penganalisis
- Kata parti pelbagai kaum tetapi mana wakil Melayu dari DAP untuk Kerajaan Perpaduan?
- Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
- Duit PAS dari ‘Tin Milo’ – Ahli Parlimen PAS
- Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]
Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.