Zahid ada formula selesaikan krisis politik Sabah

 

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yakin terdapat formula bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di Sabah ketika ini.

Tanpa menyatakan secara lanjut, presiden Umno itu berkata, formula berkenaan antaranya memperincikan kehendak atau “wishlist” yang dikemukakan pihak terlibat, namun pastinya ia akan dipertimbangkan secara rasional.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, formula penyelesaian itu akan dibawa ke pertemuannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dalam masa terdekat.

“Walaupun ia (kemelut politik Sabah) nampak besar, tetapi saya yakin ada formula yang akan kita bawa ke Kota Kinabalu dan saya fikir ‘gencatan senjata’ mesti dilakukan sekarang, dan tidak ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang menyentuh perkara itu.

“Rakyat jangan dibebani, jika berlaku ‘hung government’ ataupun masalah perundangan mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri ataupun perlembagaan negeri itu sendiri,” katanya selepas melawat Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media, di sini.

Zahid juga mahu kestabilan politik di peringkat nasional diterjemahkan di peringkat negeri, termasuk dalam isu di Sabah.

Jumaat lepas, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yang juga timbalan ketua menteri, mengumumkan keputusan menarik sokongan untuk kerajaan Sabah.

Semalam pula, Anwar dilaporkan berkata, pertemuan dengan pemimpin Sabah bagi membincangkan isu itu akan diadakan sebaik saja beliau pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker