Gagal siapkan kerja sekolah, bapa bakar anaknya hidup-hidup

Shaheer (kiri) meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan dan bapanya, Nazir (kanan atas) ditahan apabila ibunya, Shazia (kanan bawah) membuat laporan polis mengenai kemalangan itu. – Daily Mail

ISLAMABAD – Seorang bapa di Pakistan tergamak membakar anaknya hidup-hidup hanya kerana mangsa tidak bersungguh-sungguh semasa menyiapkan kerja sekolah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mangsa yang berusia 12 tahun, Shaheer Khan, mengalami kesan melecur serius dalam kejadian yang berlaku pada 14 September lalu di Pekan Orangi.

Shaheer dikejarkan ke hospital sejurus selepas insiden itu, namun disahkan meninggal dunia dua hari selepas menerima rawatan.

Bapanya, Nazir dilaporkan menyimbah minyak tanah ke atas mangsa dan menyalakan mancis dalam usaha untuk menakutkan budak lelaki itu supaya menyiapkan kerja rumahnya.

Namun begitu, perbuatan itu bertukar tragedi apabila nyalaan api menyambar minyak pada badan Shaheer lantas membakar kanak-kanak itu.

Mendengar jeritan anak lelakinya, ibu mangsa, Shazia meluru masuk ke dalam bilik di mana kedua-dua ibu bapanya melemparkan selimut dan pakaian ke arah mangsa dalam usaha terdesak untuk memadamkan api. Namun, usaha mereka tidak mencukupi untuk menyelamatkannya.

Shazia membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya dua hari selepas kematian anaknya.

Polis menahan Nazir keesokan harinya dan dia akan kekal dalam tahanan sehingga perbicaraan mahkamah pada 24 September ini.

Pegawai polis tempatan, Salim Khan berkata, Nazir menjadi berang apabila Shaheer berkeras mahu keluar bermain layang-layang.

Dia mengarahkan anaknya menjawab beberapa siri soalan mengenai kerja sekolahnya, namun kanak-kanak itu memberi jawapan yang tidak memuaskan.

“Suspek memberitahu polis dia menyiram minyak tanah ke atas kanak-kanak itu dan menyalakan mancis dengan niat untuk menakut-nakutkan mangsa,” katanya. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker