Mulakan politik muafakat Kerajaan Perpaduan, utamakan rakyat jangan pentingkan diri sendiri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-10 yang bakal dilantik harus mengajak pembangkang untuk mengangkat konsep muafakat dalam Kerajaan Perpaduan sebagai prasyarat pentadbiran bersama demi kestabilan dan kesejahteraan negara.

Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar menegaskan, perlu ada anjakan daripada politik permusuhan yang menjadi kebiasaan kepada politik kerjasama yang lebih mendamaikan.

Jelas beliau, ia tidak semestinya perlu mencapai satu gabungan tetapi boleh membentuk kerjasama berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.

“Kita sudah terlalu biasa dengan sistem kepartian berdasarkan politik adversari atau permusuhan, yang kita harus cuba atasi.

“Ada satu lagi pendekatan yang mungkin lebih serasi dengan tradisi, budaya dan falsafah kita.

“Kita tak semestinya terus terperangkap dalam isu status quo, mengalahkan pihak lain dan sebagainya.

“Apa salahnya sekiranya untuk lima tahun akan datang ini kita jadikan politik muafakat sebagai keutamaan kita,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Pendekatan politik muafakat, kata beliau, pernah dihujahkan Presiden pertama Indonesia, Sukarno untuk menggantikan politik permusuhan dalam menyatukan negara republik itu selepas mencapai kemerdekaannya.

Maka dengan itu, ujar Chandra, tempoh lima tahun itu harus ditumpukan kepada tindakan kerjasama, sehingga tiba Pilihan Raya Umum seterusnya, untuk mungkin kembali kepada cara politik biasa, iaitu beradu mendapatkan mandat baharu rakyat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker