Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan

Gagal memenangi walaupun satu kerusi dan sedih dengan hasilnya, namun parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berharap parti yang memenangi pilihan raya umum minggu lalu dapat mendirikan kerajaan.

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan kekalahan semua 125 calon yang diturunkannya, parti itu tidak mampu memainkan peranan walaupun sebagai pembangkang.

Keputusan itu juga, kata Mahathir, menjadikan semua rancangan Pejuang untuk Malaysia terpaksa digugurkan.

“Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat.

“Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia,” katanya dalam kemas kini di media sosial hari ini.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas siapa yang dimaksudkan namun berdasarkan kedudukan kerusi parlimen Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Anwar adalah pihak yang menang dalam PRU-15 kerana mendapat jumlah kerusi yang mengatasi parti politik lain.

“Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara,” tambah tokoh politik terbabit.

Dalam PRU ke-15 Sabtu lalu semua calon Pejuang – yang turut bekerjasama dengan parti lain serta NGO melalui Gerakan Tanah Air – mengalami kekalahan besar.

Mahathir sendiri gagal mempertahankan kerusi parlimen Langkawi yang disandangnya sejak 2018.

Kata Mahathir dia kini akan menumpukan perhatian kepada kegiatan penulisan berkenaan sejarah dan hal ehwal dalam negara.

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkodkan, termasuk apa yang berlaku pada zaman British.

“Saya juga terbuka untuk ditemu duga oleh penulis,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker