‘Calling centre’ scammer tumpas, 23 individu ditahan tipu tawaran kerja

Seramai 23 individu ditahan dalam serbuan ke atas dua premis kediaman yang dijadikan ‘Calling centre’ penipuan kerja dalam talian di Persiaran KLCC, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, sindiket itu yang beroperasi selama hampir sebulan menyasarkan mangsa di luar negara dengan tawaran komisen yang tinggi.

Menurutnya, kesemua suspek diberkas menerusi serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.



“Seramai 23 individu melibatkan 12 lelaki warga tempatan serta sembilan lelaki dan dua wanita warga asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun.

“Polis turut merampas sebanyak 31 telefon bimbit, 14 unit CPU, 14 unit monitor, 10 unit papan kekunci, 10 unit tetikus serta sebuah komputer riba, router, modem dan sekeping kad akses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Delhan berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati dua individu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek direman selama empat hari mulai hari ini hingga 24 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” ujarnya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker