Fahaman Si Hulk difatwakan sesat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan fahaman yang diasaskan Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-221 yang bersidang pada 9 hingga 11 Disember 2020.

“Antara penyelewengan yang dibawakan ajaran tersebut ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan dan baginda merupakan seorang yang tidak mempunyai jantina iaitu bukan lelaki dan juga bukan perempuan.

“Ajaran itu juga menyeleweng tafsiran al-Quran iaitu pada huraian Surah Taha ayat 120 dan Surah Al-Baqarah ayat 35 berkenaan larangan kepada Nabi Adam dan Hawa daripada memakan buah khuldi.

“Menurut ajaran itu, buah khuldi yang menjadi larangan untuk dimakan di dalam syurga adalah buah zakar dan buah dada,” katanya di sini hari ini.

Wan Zahidi berkata, ajaran itu turut membuat penipuan mengenai khasiat air dan botol Si Hulk dengan mengeksploitasi elemen agama secara berlebihan bagi menarik minat pembeli.

Katanya, menerusi laman Facebook Sohai Ibnu Mohammad dan SiHulk, dikatakan kotak Si Hulk adalah peti Tabut yang pernah diberikan Allah kepada Talut seperti mana surah Al-Baqarah ayat 248 yang diselewengkan maknanya.

“Ajaran itu juga mendakwa Si Hulk ialah air hayat iaitu air yang dicari Iskandar Zulkarnain tetapi diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat. Malah, air itu juga didakwa mampu menyembuhkan pelbagai wabak penyakit zahir dan batin serta menghalang sihir.

“Selain itu, air tersebut didakwa dibeli sendiri daripada Nabi Muhammad SAW dan ramai ahli yang meminumnya bermimpi bertemu baginda,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker