Hasrat Ismail Sabri untuk mengecilkan saiz kabinet dipuji

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengecilkan anggota jemaah menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal diberi mandat adalah berasas dan boleh dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kabinet yang diketuai Ismail Sabri sebelum ini diambil alih ketika ketidakstabilan politik.

“Kita tahu kabinet PM Datuk Seri Ismail Sabri pada masa yang lepas adalah kabinet yang terpaksa digabungkan (parti-parti)…daripada suasana ketidakstabilan, jadi mungkin dianggap oversized. Komitmen yang diberikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri sekarang iaitu kalau kabinet yang baharu, pasca pilihan raya, komitmen untuk mengecilkan (kabinet) itu sesuatu yang dialu-alukan.



“Ini supaya misalnya perbelanjaan dan pembahagian tugas sebagainya (dilaksanakan lebih baik) kerana beliau berpengalaman menjadi PM, dia tahu mana yang boleh dikecilkan. Jadi kalau dia buat komitmen itu ada asas, dan saya yakin PM akan melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Umum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) BN Padang Rengas di Kuala Kangsar malam ini.

Ismail Sabri dilaporkan berkata beliau akan mengecilkan anggota jemaah menterinya sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan beliau dipilih menerajui Putrajaya sekali lagi, dengan saiz kabinet yang akan dibentuk adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang menerusi gabungan beberapa kementerian.

Ditanya mengenai pengekalan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU15, Annuar menyifatkan Ismail Sabri sebagai calon terbaik berdasarkan rekod yang baik selain berpengalaman luas dalam mentadbir pelbagai kementerian, serta diterima oleh seluruh pihak.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker