Buruh maut digilis lori ketika gulung kanvas
Buruh maut digilis lori ketika gulung kanvas
Alor Gajah: Seorang buruh warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis lori di Pusat Timbang D&G Enterprise Sdn Bhd di Jalan Ayer Hitam Lendu, dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa, Abd Hafis, 33, sedang menggulung kanvas di kawasan pusat timbang kelapa sawit itu.
“Siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca pemandu lori berusia 49 tahun dipercayai tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di bahagian depan lori dan melanggarnya.
“Pelanggaran menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Arshad berkata siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, lori jenis Isuzu itu turut ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer. HM
Buruh maut digilis lori ketika gulung kanvas
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya