Tok Mat tolak dakwaan jumpa pemimpin PN atas kemungkinan jalin pakatan

#PRU15

Tok Mat tolak dakwaan jumpa pemimpin PN atas kemungkinan jalin pakatan

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menolak dakwaan beliau menemui pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan kemungkinan menjalin pakatan selepas pilihan raya umum ke-15.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang rundingan antara pemimpin partinya dengan PAS dan Bersatu seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.



“Jika ia seperti apa yang didakwa, saya pasti terlibat (dalam rundingan begitu),” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada FMT sambil menambah dakwaan itu hanya taktik berkempen.

Terdahulu, Anwar hari ini dilaporkan mendakwa pemimpin PAS dan Bersatu menemui beberapa pemimpin Umno. PAS dan Bersatu sebahagian daripada PN.

Selain Mohamad, pemimpin PN didakwa turut menemui Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin sudah dihubungi untuk mengulas.



Dakwaan Anwar itu menyusul kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berhubung kemungkinan BN dan PN membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Takiyuddin dipetik Berita Harian sebagai berkata: “Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.”

Tetapi, selepas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, gabungan itu tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15, pemimpin PAS itu menjelaskan kenyataan diambil di luar konteks. FMT

Tok Mat tolak dakwaan jumpa pemimpin PN atas kemungkinan jalin pakatan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker