Semangat MN masih ada dalam jiwa Pas – Penganalisis

#PRU15

Semangat MN masih ada dalam jiwa Pas – Penganalisis

Pas masih mempunyai semangat Muafakat Nasional (MN) walaupun cuba dinafikan sebelum ini apabila memilih untuk menyertai Perikatan Nasional bersama Parti Bersatu.

Penganalisis dan pemerhati politik, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, walaupun Pas sudah secara rasmi untuk bersama PN, tetapi hakikatnya masih lagi mahu ada kerjasama dengan UMNO.



“Ini juga menandakan selama ini Pas membuat keputusan dengan dibayangi oleh Parti Bersatu, sedangkan Pas lebih kuat daripada parti itu.

“Jika kemahuan Pas ini tidak direstui oleh Bersatu, ia boleh menandakan masa depan PN suatu persoalan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata, parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi cukup untuk membentuk kerajaan.

“Pendirian Pas adalah jelas, …akan bergabung dengan BN sahaja, bukannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti komponennya.



“Bagi kita atau mana-mana gabungan parti apabila mendapat majoriti mudah minimum sebanyak 112 kerusi, parti itu sendiri akan menubuhkan kerajaan,” katanya yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu. MG

Semangat MN masih ada dalam jiwa Pas – Penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker