Teman wanita hampir terbakar ketika sedang dilamar

BANGKOK – Detik romantis lamaran seorang lelaki terhadap teman wanitanya bertukar cemas selepas mencetuskan kebakaran yang turut hampir menyambar pasangan berkenaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lamaran tersebut berlangsung semasa Pesta Tanglung Yi Peng di Chiang Mai, Thailand.

Namun, ia hampir gagal apabila beberapa tanglung terbang rendah sebelum merempuh dan hampir membakar pasangan itu.



Video lamaran pasangan tersebut tular selepas dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Twitter @tailovene.

Rakaman video memaparkan pasangan itu berada di tengah padang sambil dikelilingi pengunjung lain yang sedang melepaskan tanglung ke langit.

Ketika kejadian, dua tanglung yang gagal untuk terbang telah melanggar wanita tersebut, manakala satu lagi tersasar. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana badan dan pakaiannya tidak terbakar.

Sementera satu lagi rakaman memaparkan teman lelaki wanita itu melamarnya semasa acara tersebut.



“Ia sepatutnya romantik, tetapi realitinya penuh dengan jeritan. Terdapat kebakaran di semua tempat, kuil juga terbakar. Anggota bomba berada di sana! Dan saya akan berkahwin,” demikian menurut keterangan pada gambar tersebut.

Wanita itu menambah bahawa situasi itu tidak romantis seperti yang dia bayangkan, tetapi ia merupakan detik yang tidak akan dilupakan kerana mengujakan dan hebat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker