Elak dipatuk ular dua kali – Ismail
#PRU15
Elak dipatuk ular dua kali – Ismail
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini dengan memilih kerajaan yang gagal sepertimana PRU14.
Menurutnya, rakyat perlu kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu melalui episod ‘dipatuk ular’ sekali lagi.
“Bagi saya kalau kita kena sekali sudahlah. Bak kata orang yang dipatuk oleh ular pada satu lubang.
“Takkan kita tak sedar, lubang itu ada ular, yang kita pi hulur kaki sekali lagi kenapa? Kita dah tahu kita dah kena tipu sekali, takkan nak dua kali kena tipu lagi. Cukuplah sekali,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama keluarga Felda Lasah di Dewan Semai Bakti, Felda Lasah, di sini, pada Selasa.
Ismail Sabri berkata, berikutan tiada pengalaman mentadbir, Pakatan Harapan (PH) gagal memerintah selama 22 bulan menyebabkan negara dalam keadaan ‘huru-hara’.
Katanya, sepanjang pemerintahan itu, tiada sebarang kelebihan diberikan kepada warga Felda, sebaliknya, mereka berdepan dengan kejatuhan harga kelapa sawit.
Dalam pada itu, beliau meminta warga Felda supaya memberi sokongan kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang setia bersama-sama MCA dan UMNO di dalam BN walaupun di waktu susah.
Menurutnya, inilah masanya untuk warga Felda menghargai pengorbanan kedua-dua parti itu yang terus setia sedangkan ada pemimpin UMNO yang melompat selepas BN tewas pada PRU14. Aw
Elak dipatuk ular dua kali – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?