Bapa mengaku tak bersalah pukul anak guna paip PVC
KUALA LUMPUR: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuannya berusia 16 tahun, dua bulan lalu.
Bagaimanapun tertuduh Amin Husaini Tan Abdullah, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak perempuanya berusia 16 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Ampang Jaya, pukul 6 petang pada 9 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, tertuduh memukul anaknya itu dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC).
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Zulhasnan mencadangkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin.
Namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah.
“Tertuduh mempunyai 10 orang anak dan tidak bekerja atas faktor usia serta kesihatan, wang jaminan RM8,000 yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi, oleh itu tertuduh memohon jaminan rendah,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember ini untuk sebutan kes
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
You must be logged in to post a comment.