Perjuangan Dr Afif tidak bertempat dan Sia-sia, Bina arca tidak membantu rakyat

Oleh Azrin Muhammad

Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Afif Bahardin bercadang mahu membina arca di bulatan sekitar Shah Alam.

SHAH ALAM – Tidak dinafikan mana-mana calon dalam pilihan raya akan menabur pelbagai bentuk janji sekiranya terpilih tetapi cadangan calon Perikatan Nasional (PN) mahu membina arca di bulatan sekitar Shah Alam dilihat tidak relevan.

Masalah kesesakan lalu lintas di Shah Alam semakin membingungkan penduduk setempat, mahupun pengguna jalan raya sedia ada tetapi mengapa arca pula yang diberikan perhatian.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak di Shah Alam sememangnya mempunyai fakulti seni yang dikenali di rantau ini, tetapi waktu sekarang bukan masa sesuai untuk memperjuangkan seni.

Perjuangan tidak bertempat Dr. Afif Bahardin buat pertama kali bagi Parlimen Shah Alam sudah mula menunjukkan dirinya mula terpesong daripada memperjuangkan isu kebajikan kepada isu sampingan.

Beliau seharusnya membuat penilaian masalah setempat yang berbakul-bakul tidak diselesaikan Khalid Abdul Samad selama tiga penggal sebelum ini.

Masalah kos sara hidup, kesesakan jalan raya, banjir dan banyak lagi perlu diperjuangkan demi kemaslahatan pengundi Shah Alam yang mencecah lebih 100,000 orang.

Sebarang arca yang didirikan di bulatan sekitar Shah Alam sudah tentu tidak akan membantu, apatah lagi menyelesaikan masalah sedia ada.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker