Terlalu sedih hingga tak sanggup tuntut jenazah anak

Terlalu sedih hingga tak sanggup tuntut jenazah anak

LUMUT – “Ayah terlalu sedih dan terkejut sebaik mendapat tahu kematian abang sehingga tidak sanggup datang ke sini menuntut jenazahnya,” kata Norlia Hamski, 29, ketika menuntut mayat Abdul Rajim di Hospital Seri Manjung semalam.

Abdul Rajim, 33, dan rakannya, Maiyden Asibin, 29, maut dalam kejadian kren tumbang ketika kerja-kerja pelupusan kren dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan pada pukul 4.45 petang kelmarin.



Seorang lagi rakan mereka yang berusia 34 tahun patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Seri Manjung.

Menurut Norlia, beliau dan Abdul Rajim adalah dua beradik berlainan ibu, namun bapa mereka, Hamski Misuari, 58, amat menyayangi kedua-dua mereka kerana itulah warisnya yang ada.

Jelasnya, walaupun keluarganya berasal dari Tenom, Sabah beliau sudah menetap di Masai, Johor, sejak kecil.

“Abang tiri saya ini seorang agak pendiam tetapi baik hati dan saya sendiri jarang berjumpanya kerana arwah bekerja di sini, manakala saya di Masai dan kali terakhir saya bercakap melalui telefon dengannya ialah kira-kira dua bulan lalu,” katanya sambil memaklumkan jenazah Abdul Rajim dibawa ke Johor untuk dikebumikan.



Sementara itu, sepupu kepada Maiyden, iaitu Abu Bakar Hasim, 45, memaklumkan mangsa adalah anak yatim piatu berasal dari Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Arwah seorang yang baik dan rajin bekerja, setiap kali datang ke ibu negara, pasti menginap di rumah saya di Selayang.

“Sudah lebih setahun saya tidak berhubung dengannya kerana masing-masing sibuk bekerja sehinggalah mendapat tahu berita sedih ini dan saya bergegas datang ke sini,” katanya.

Jenazah Maiyden dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Fasa 3C, Seri Manjung, di sini.



Sementara itu, sahabat karib Abdul Rajim, Arbi Mat Salleh, 42, yang tekejut dengan kejadian itu bergegas bergerak dari ibu negara kelmarin ke Pahang bagi mengambil isterinya, Asliza Hasim, 39, sebelum datang ke sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada sahabat mereka.

“Saya mengenali Abdul Rajim ketika sama-sama bekerja di Kuala Lumpur dan arwah baru datang ke Seri Manjung kira-kira tiga bulan lalu untuk bekerja.

“Arwah seorang yang sangat baik, ringan tulang dan sentiasa sedia membantu kawan-kawan jika diperlukan,” terang beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, insiden dua lelaki maut akibat dihempap kren gantri dalam kejadian di Kawasan Perusahaan Kampung Acheh, Sitiawan kelmarin tiada kaitan dengan unsur jenayah.



Beliau berkata, kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pemotongan kren di tempat pelupusan jentera tersebut.

Katanya, seorang saksi mendakwa, bahagian atas hujung kren telah terbalik dan jatuh menghempap kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa berusia 29 dan 33 tahun yang berasal dari Sabah cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Ketika kejadian, terdapat empat pekerja termasuk kedua-dua mangsa. Seorang rakan sekerja
mereka berusia 34 tahun juga dari Sabah patah kaki kanan dan kini menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala seorang lagi berusia 34 tahun terselamat,” tambahnya. K Online



Terlalu sedih hingga tak sanggup tuntut jenazah anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker