Malapetaka jika kekal pemimpin ‘keras kepala’ – Puad

Malapetaka jika kekal pemimpin ‘keras kepala’ – Puad

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, keputusan parti menggugurkan beberapa nama pemimpin “heavyweight” adalah tepat berbanding mengekalkan mereka yang kebanyakannya dianggap “keras kepala”.

Puad Zarkashi berkata, pengguguran nama pemimpin terbabit daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan ancaman atau mengundang malapetaka besar kepada parti.



“Beberapa pemimpin ‘heavyweight’ digugurkan. Ada yang mengancam malapetaka besar akan berlaku. Mereka lupa akar umbi Umno di bawah yang menentukan,” katanya di Facebook.

“Akar umbi Umno diyakini akan setia kepada keputusan parti. Segelintir yang di atas boleh menyalak seperti anjing menyalak bukit.”

Beliau turut mengakui bahawa jika Umno masih mengekalkan pemimpin yang “keras kepala”, ia sebenarnya membawa malapetaka kepada parti.

“Mereka tidak patuh keputusan parti. Mereka bebanan yang mengucar-ngacirkan parti.



“Lebih baik mereka digugurkan. Sikap mereka jadi senjata kepada pihak lawan menghina parti dan ia menyakitkan hati ahli Umno. Biar mereka direhatkan dulu,” katanya.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan calon Barisan Nasional menggugurkan beberapa nama antaranya Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh), Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi), Dr Adham Baba (Tenggara), Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).

Di Arau, BN meletakkan Rozabil Abdul Rahman menggantikan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu.

Annuar juga tidak dicalon mempertahankan kerusi Ketereh dan digantikan dengan Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin. FMT



Malapetaka jika kekal pemimpin ‘keras kepala’ – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker