GTA hanya memuaskan nafsu politik Mahathir, tiada niat bantu rakyat

 

SAUDARA PENGARANG,

KERAP kita mendengar dan membaca kenyataan-kenyataan daripada Gerakan Tanah Air GTA yang jelas dilihat tidak lain tidak bukan hanya bertujuan hendak menumbangkan pihak lain semata-mata.

Malah daripada setiap kenyataan-kenyataan tersebut, tidak pula memetik penderitaan, kesusahan dan masalah dihadapi rakyat.

Apa jua bantuan dan pertolongan nampaknya amat jauh daripada pemikiran mereka termasuk jangkaan beberapa kawasan dikuatiri dilanda banjir. Sebaliknya golongan ini hanya tahu mencipta dan mencari helah atau jalan untuk mendapatkan pengaruh serta sokongan supaya mereka memperoleh kemenangan dalam mengejar kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada 19 November ini.

Jika dilihat, hanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetahui dan pandai tentang masalah ekonomi negara sementara ahli-ahli GTA lain serba tidak tahu mengenai apa-apa perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

Malah, jika rakyat ingat kembali kenyataan Dr. Mahathir yang mengatakan manifesto bukannya kitab suci selepas gagal melaksanakan janji-janji dalam PRU14 seperti menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan kereta, memansuhkan pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memberi pendidikan percuma, ia adalah sesuatu yang sukar diterima.

Sudah beberapa kali saya menyatakan pandangan mengenai isu ini tetapi nampaknya tiada sebarang reaksi balas oleh GTA mahupun Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker