Apa pun jadi Shahidan tetap akan pertahankan Arau

Shahidan Kassim tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun perlu menggunakan ‘tiket‘ parti lain.

Shahidan yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Arau berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkan platform parti politik bakal diwakilinya.

“Saya menerima banyak lamaran, semua parti ada. Warisan (Parti Warisan) ada, PN ada, sebab calon boleh menang tiba-tiba BN tolak, mereka berebutlah. Saya calon boleh menang, saya akan bertanding.

“Tiket apa itu nombor dua. Paling penting, saya tanya cawangan-cawangan akan bertanding atas tiket apa. Pada dasar mereka memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini pada Selasa.

Pengumuman calon BN sebentar tadi menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon kerusi Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Menurut Shahidan, beliau masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti tersebut namun pihak berkenaan sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadapnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan keluar daripada menjadi ahli UMNO walaupun mahu bertanding atas tiket parti lain pada PRU15 namun sudah sedia untuk dipecat susulan tindakannya itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker