Ustaz Kazim cabar Hamzah di Larut?

#PRU15

Ustaz Kazim cabar Hamzah di Larut?

Umno dijangka mempertaruhkan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) di Parlimen Larut.

Sumber berkata, penceramah itu hadir di Menara Dato’ Onn dan menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon bagi mewakili parti itu.

Katanya, pemilihan tokoh agama yang juga pelakon itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Difahamkan, pemilihan Datuk Ustaz Kazim dibincangkan dalam pertemuan ‘top 5’ dua hari lalu.

“Senario semasa dari segi sokongan menunjukkan Umno berpotensi merampas kembali Larut yang dimenangi pada PRU-14 lalu.

“Selain itu, faktor dua lagi saudaranya yang juga aktif di dalam politik di Perak, juga diambil kira.

“Apapun, ini (pemilihan Ustaz Kazim) antara elemen kejutan parti sebelum pengumuman rasmi pada malam ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Datuk Abdullah Che Nawi dan Datuk Khairuddin Aman Razali dikhabarkan akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Selain itu bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil disebut-sebut akan bertanding di Shah Alam menentang bekas Setiausaha Politik Khalid Samad, Azli Yusof di Shah Alam.

Difahamkan, Umno sudah pun memuktamadkan senarai penuh calon PRU-15 hari ini dan semua mereka sudah pun dihubungi untuk hadir bersama-sama di Pusat Dagangan Dunia, di sini, malam ini. HM

Ustaz Kazim cabar Hamzah di Larut?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker