Tunggu malam nanti – Zahid

Tunggu malam nanti – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menolak dakwaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diminta menandatangani surat menyokongnya dan memberi mandat membentuk barisan Kabinet jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang.

“Itu tipu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid enggan memberikan mengulas ketika ditanya mengenai kemelut dalaman berkaitan pemilihan calon BN bagi kerusi Parlimen Arau pada PRU15.

“Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi,” katanya.

Kemelut dalaman UMNO dilihat semakin memuncak selepas penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi bayangan digugurkan daripada senarai calon apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, manakala bendera parti itu juga diturunkan.

Penutupan bilik gerakan parti berkenaan dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Shahidan, malam semalam.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” tulis beliau. BH

Tunggu malam nanti – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker