Maut diseret lori sebelum terbakar
Maut diseret lori sebelum terbakar
MELAKA – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori sebelum diseret dan terbakar di persimpangan lampu isyarat Krubong Tampoi di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, K. S. Thevadas, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave cuba memotong sebuah lori ketika lampu isyarat bertukar hijau di persimpangan berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati, lori tersebut dalam perjalanan dari arah Krubong Tampoi menghala ke Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) Krubong dan apabila tiba di lampu isyarat telah bertukar warna hijau.
“Mangsa yang datang dari arah kiri kemudian memotong ke arah kanan jalan sebelum berlaku pergeselan menyebabkan motosikal diseret sebelum terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Christopher, akibatnya mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.
“Motosikal mangsa yang terbakar di tempat kejadian bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh orang awam.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat selain sampel darah pemandu lori berusia 57 tahun itu juga telah diambil untuk ujian alkohol dan dadah,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. MG
Maut diseret lori sebelum terbakar
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’