Jangan jadi pejuang parti bila dicalonkan saja
Teruskan Perjuangan Meskipun Tidak Menjadi Wakil Rakyat
Jangan jadi pejuang parti bila dicalonkan saja
Perjuangan UMNO mesti diteruskan meskipun tidak dipilih menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diumumkan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Jelasnya, sememangnya cita-cita seseorang ahli politik adalah untuk menjadi wakil rakyat namun perjuangan dan kehidupan mesti diteruskan meskipun nama mereka tidak dinobatkan.
“Saya kira daripada majoriti bahagian, mereka akan menerima calon yang diputuskan dengan baik. Tetapi mungkin ada satu atau dua bahagian yang merasakan sebaliknya.
“Apabila kita menerima sejumlah calon iaitu lima orang, yang akan dapat hanya seorang. Lima calon cadangan daripada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan dapat pun seorang.
“Apabila tidak terpilih menjadi calon, itulah yang kita katakan sebagai ‘setia perjuangan’. Nak menjadi seorang wakil rakyat memang cita-cita ahli politik,” katanya ketika sesi wawancara secara langsung di NRChannel TV semalam.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pontian itu turut mengingatkan para pemain politik untuk meneruskan kehidupan serta terus kekal bersama UMNO bagi memperjuangkan rakyat.
“Tetapi kalau tidak jadi wakil rakyat, adakah mereka tidak dapat meneruskan kehidupan seterusnya? Tentulah mereka boleh. Mereka perlu meneruskan apa yang diperjuangkan selama ini dan terus bersama dengan parti UMNO. Setia kepada perjuangan.
“Perjuangan kita ini apa? Perjuangan kita ada termaktub dalam asas dan tujuan UMNO. Selagi kita berjuang atas asas UMNO, teruskan. Rumusannya orang selalu menyebut perjuangan ABATA, agama, bangsa dan tanah air. Itu selalu orang sebut.
“Rumusannya juga orang selalu sebut ialah dahulukan rakyat, utamakan pencapaian untuk kita menjadikan negara Malaysia ini maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad turut berkata, perjuangan UMNO tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadikan negara lebih baik daripada sekarang serta membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Perjuangan kita, untuk menjadikan negara kita lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Perjuangan kita adalah untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa.
“Perjuangan kita adalah untuk mendaulatkan perjuangan dan cita-cita agama Islam semampu yang boleh. Itu perjuangan yang kita buat.
“Jangan hanya kerana tidak menjadi wakil rakyat, maka kita hilang pertimbangan dan meninggalkan segala perjuangan tersebut,” katanya lagi. – UMNO Online
Jangan jadi pejuang parti bila dicalonkan saja
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’