Tak perlu debat dengan Anwar – Ismail

#PRU15


Tak perlu debat dengan Anwar – Ismail

Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Anwar Ibrahim supaya calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perdana menteri sementara itu, berkata debat bukan “bukan budaya kita” dan perbahasan disarankan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



Ismail berkata demikian ketika ditanya cadangan Anwar supaya tiga calon perdana menteri PH, PN, dan BN untuk mengadakan debat secara terbuka.

Pada 20 Okt, Anwar berkata, perbahasan itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar, perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan dan menerusi langkah itu rakyat boleh menilai tentang soal hala tuju dan masa depan negara.

Anwar merupakan calon perdana menteri bagi PH, manakala Muhyiddin Yassin calon bagi jawatan itu bagi PN.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata kerajaan dibentuk berdasarkan kepercayaan diberikan rakyat.



“Saya rasa tak perlu ada debat, kita sibuk di kawasan kita, kawasan masing-masing berkempen,” katanya.

Ismail ketika ditanya mengenai persediaan senarai calon BN untuk menghadapi PRU, berkata pimpinan tertinggi parti itu sudah mendapat senarai pendek dari setiausaha parti negeri.

Bagaimanapun, pihaknya akan membuat saringan sekali lagi termasuk semakan di Mahkamah Syariah.

“Kita akan buat saringan dengan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi.



“Mungkin kali ini pejabat agama, pejabat kadi (kalau ada) kahwin siam, timbul isu nanti. (Ia termasuk) isu nafkah anak tak bayar, (atau) ada pertuduhan dari Mahkamah Syariah,” katanya. FMT

Tak perlu debat dengan Anwar – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker