Kalau orang salah, dia diamlah – Ismail

Kalau orang salah, dia diamlah – Ismail

Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob menyindir Pakatan Harapan (PH) kerana berdiam diri berhubung laporan pasukan petugas khas yang menyiasat buku bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Katanya, tindakan itu menunjukkan mereka bersalah.



“Saya tak tahu kenapa mereka diam (dalam kes Thomas).

“Biasanya, kalau orang bersalah, dia diamlah. Biasanya, saya pun tak tahu dalam hal ini,” sindirnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PH yang dilihat menjarakkan diri daripada isu itu.

Kerajaan menyahklasifikasikan laporan siasatan ke atas memoir Thomas, yang boleh didapati di laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri mulai Jumaat lalu.



Bulan lalu, Ismail mengarahkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kemungkinan salah laku oleh Thomas, susulan pembentangan laporan siasatan kepada Jemaah Menteri.

Katanya, pasukan petugas itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan berbaur hasutan.

Buku “My Story: Justice in the Wilderness” itu diterbitkan Januari 2021. FMT

Kalau orang salah, dia diamlah – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker