Golongan didoakan para Malaikat

Addin


Golongan didoakan para Malaikat

Kita semua tahu malaikat ialah makhluk ciptaan Allah yang sangat mulia yang dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada melakukan sebarang dosa. Ianya tidak berjantina, tidak makan dan minum, tidak mempunyai hawa nafsu, tidak tidur dan tidak dilahirkan.

Para malaikat juga memiliki pelbagai keistimewaan yang dikurniakan Allah seperti mempunyai sayap dan kekuatan serta kepantasan yang luar biasa. Malaikat juga mampu menjelma dalam pelbagai rupa seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jika hendak menggambarkan dan menghuraikan asal kejadian malaikat, sungguh ia tidak tercapai dek akal manusia.

Sesungguhnya malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa dan sebagai manusia, kita hendaklah beriman kepada malaikat seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam rukun iman.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 26-28,

“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.”

Justeru, sebagai manusia yang lemah, kita hendaklah sentiasa memenuhi rohani dengan amal ibadat dan setiasa berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujian-Nya.

Pun begitu, bagi mengukuhkan lagi hubungan antara seorang hamba dengan pencipta Nya, bantuan dan sokongan para malaikat juga amat penting. Bagaimana malaikat membantu seseorang hamba agar lebih dekat dengan Maha Pencipta? Jawapannya mudah, iaitu dengan doa para malaikat.

Antara golongan yang mendapat doa malaikat ialah:

Pertama: Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” (Hadis sahih Shaikh Al Albani)

Kedua: Orang yang menunggu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.” (Sahih Muslim)

Ketiga: Orang yang berada di saf hadapan ketika solat.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan.” (Hadis sahih Shaikh Al Albani)

Keempat: Ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu.” (Sahih Bukhari)

Kelima: Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Sahih Syaikh Ahmad Syakir)

Golongan didoakan para Malaikat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker