Cleopatra mahu bertanding di Parlimen Batu
#PRU15
Cleopatra mahu bertanding di Parlimen Batu
Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali Cleopatra, menyuarakan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah syarikat pertahanan dan keselamatan itu berkata, beliau akan bertanding atas tiket Bebas dan tidak gentar untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam arena politik negara.
“Memandangkan PRU15 semakin hampir, saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya akan bertanding sebagai calon Parlimen Batu dalam PRU15 akan datang.
“Saya ingin memohon bantuan dan jasa baik semua terutama yang berasal dan menetap di kawasan Batu, Sentul dan sekitar Parlimen Batu untuk membantu dan menyokong saya sebagai sukarelawan atau ejen pilihan raya sebagai cara untuk memudahkan saya berkempen,” katanya.
Pada PRU lalu, kerusi parlimen batu dimenangi calon Bebas yang disokong PKR, P Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.
Beliau menang dalam saingan empat penjuru menewaskan Dr Dominic Lau Hoe Chai dari Barisan Nasional (BN), calon PAS, Azhar Yahya dan seorang lagi calon Bebas, Datuk VM Panjamothy.
Dalam pada itu, Nur Fathiah mengakui dirinya sudah lama berminat dengan politik dan berharap peluang memegang amanah sebagai wakil rakyat membolehkan beliau membantu semua warga Parlimen Batu.
Mengenai isu utama yang akan diperjuangkan, katanya ia meliputi kesaksamaan gender, selain menangani isu masyarakat dan masalah yang menjejaskan peniaga serta melihat ketersambungan komuter di kawasan itu. BH
Cleopatra mahu bertanding di Parlimen Batu
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET