“Recycle” Propaganda DAP PH PRU paling kotor, Sejarah Bakal Berulang
Oleh Tun Teja
Pakatan Harapan (PH) sendiri akui tugas utama mereka adalah menghasut rakyat. Oleh itu, rakyat disaran agar menolak segala propaganda jahat yang bakal dibuat oleh DAP dan PH sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Perlu kita ingat, segala hasutan yang dibuat oleh DAP dan PH bersifat propaganda dan tiada asas sama sekali.
Dalam satu video, Rafizi Ramli tampil mengesahkan bahawa tugas utama PH adalah menghasut rakyat agar membenci UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sebagaimana yang kita tahu, budaya politik fitnah adalah sinonim dengan PH terutamanya DAP. Parti ini terpaksa berbuat demikian kerana mereka bankrap idea maka satu-satunya cara yang ada hanya menipu rakyat dalam janji-janji mereka yang memang tidak pernah terniat untuk ditunaikan pun.
DAP sebagai sebuah parti yang menganuti fahaman sosialis yang merupakan adik kepada fahaman komunis serta para pemimpinnya yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan jenayah seksual tidak mampu membawa isu yang benar-benar tulin dan bermanfaat kepada rakyat berbilang kaum di Melaka khususnya dan negara amnya.
Pada setiap Pilihan Raya Umum, seorang pemimpin DAP atau PH pasti akan keluarkan kenyataan bahawa “PRU akan datang adalah paling kotor dalam sejarah”. Memetik hantaran di facebook Datuk Seri Najib, ini adalah taktik biasa PH untuk menghasut rakyat dan penyokong mereka, kononnya hak mengundi mereka terjejas.
Malah buku dengan tajuk “The Dirtiest General Election in the History of Malaysia” pernah ditulis Lim Kit Siang dan diterbit pada tahun 1991 iaitu 31 tahun dahulu.
Pada PRU13, Kit Siang mengeluarkan kenyataan “PRU13 adalah paling kotor dalam sejarah”. Pada PRU14, giliran Nurul Izzah untuk keluarkan kenyataan “PRU14 adalah paling kotor dalam sejarah”. Kini giliran siapa pula dari PH akan membuat kenyataan yang sama pada PRU15 ini.
Selain statement paling kotor itu, mereka turut akan mengunakan slogan “Selamatkan Malaysia” sebagaimana digunakan oleh Kit Siang sejak tahun 1960an.
Setakat ini Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa telah mengeluarkan kenyataan PRU15 kotor. Menurut beliau PRU15 dijangka akan mencatat sejarah paling kotor PRU negara ekoran adanya sogokan kewangan, projek, ugutan serta salah guna kuasa termasuklah agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, demikian dizahirkan oleh Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa. sumber
Maka akan bertaburanlah ‘Kepala Agong’ yang akan dijadikan bahan kempen. Budaya politik lama akan terus kekal relevan bagi mereka yang mengkhianati mandat rakyat dan yang penting untuk mereka hanyalah undi. Sebaliknya hanya rakyat yang berprinsip sahaja akan terus kekal utuh – Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa
Kita tunggu kenyataan-kenyataan yang mendakwa PRU15 sebagai kotor dari pemimpin-pemimpin DAP dan PH yang lain. Mereka mungkin lupa PRU14 menyaksikan PH menang dan memerintah Malaysia selama 22 bulan. Rakyat dihimpit kesengsaraan apabila disuruh ikat perut sambil menderma kepada kerajaan PH. Rakyat tidak akan lupa penderitaan akibat dari tersalah pilih pada PRU14 yang lalu.