Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa

Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa

Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa

1. Hari ini Mahiaddin Yassin menafikan tindak tanduk kelompok mereka menyebabkan Perdana Menteri terpaksa membubarkan parlimen.

2 Sedangkan Perdana Menteri menegaskan tindakan 12 Menteri bersikap tidak wajar mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri lantikan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan

Baginda menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.

3. Sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dalam kabinet tanpa perlu terus kepada Istana Negara dan dihebahkan pula kepada awam.

Ternyata tindakan ini adalah niat jahat musuh BN untuk mengaibkan Perdana Menteri dari Barisan Nasional.


Baca Artikel Menarik:


4. Di sebalik penafian Mahiaddin Yassin, parti beliau juga menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mendedahkan perjanjian persefahaman beliau.

Sedangkan Bersatu sudah ada jawatan Menteri kanan, Menteri-menteri dan jawatan GLC.

Tuntutan jawatan timbalan perdana menteri tersebut tidak sensitif dengan situasi pemulihan ekonomi negara dan dasar jimat cermat negara.

Sebaliknya Bersatu asyik memikirkan mengenai jawatan, pangkat dan kedudukan sahaja.

5. Tan Sri Mahiaddin pernah mengancam untuk menekan butang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ismail Sabri.

Kali kedua, apabila secara terbuka Mahiaddin juga selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara menyatakan Perdana Menteri gagal menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.

Sedangkan Beliau sendiri merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), pemimpin Bersatu sendiri menteri hal ehwal ekonomi.


Baca Artikel Menarik:


Malah Mahiaddin Yassin menyarankan agar parlimen dibubarkan atas kegagalan tersebut. Kata beliau lagi perlu ada kerajaan baharu yang lebih cekap.

6. Namun Mahiaddin cuba menafikan kenyataannya sendiri.

7. Tindak tanduk 12 menteri PN ini punca serta merta yang mencetuskan isu ketidakpercayaan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri lantikan baginda Yang di-Pertuan Agong.

8. Sudah pasti, PM boleh sahaja memecat 12 Menteri tersebut. Namun ini akan membawa krisis yang lebih besar, parah dan memalukan pentadbiran negara. Ia juga akan melibatkan undi tidak percaya dan sebagainya.

9. Maka, jalan terbaik untuk berdepan dengan karenah ahli kabinet tidak berdisiplin ini ialah PM pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan parlimen.

10. Ini sesuai juga bagi mengembalikan mandat kepada rakyat, yang sebelum ini ramai yang melompat parti, menjawap cabaran Tan Sri Mahiaddin untuk bubar parlimen, dan memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara tidak terganggu pada masa akan datang.

11. Tenyata dalam tempoh tidak sampai 5 tahun, akibat ketidakstabilan politik sudah terdapat 3 perdana menteri bertukar ganti.

Semoga tragedi politik ini tidak berulang kembali dan perlu diingati selama-lamanya oleh rakyat jelata.

Sedangkan rakyat sangat mahukan kerajaan yang stabil dan harmoni sesuai dengan titah baginda Yang di-Pertuan Agong.

12. Insya Allah apabila BN mendapat mandat besar dan kembali menerajui kerajaan perkara ini tidak akan berlaku.

Hal ini kerana BN adalah pembawa kestabilan dan kemakmuran negara!

#DaulatTuanku

#MenjunjungTitah

#BNMenangNegaraHarmoni

#BNKestabilanDanKemakmuran

#BersamaMembinaMasaDepan

 

Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti

Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini semua salah lanun bola – TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker