Makin ramai guru serik terlibat SPM, peperiksaan lain
Bangun Menteri KPM
Makin ramai guru serik terlibat SPM, peperiksaan lain
Semakin ramai guru yang serik dan enggan terlibat mengurus selia peperiksaan awam seperti SPM dan setaraf dengannya.
Seorang guru yang enggan dinamakan kerana khuatir dikenakan tindakan tatatertib memberitahu FMT, bukan hanya isu bayaran mengawas peperiksaan lambat dibayar, bahkan kadar bayaran yang tidak setimpal dengan masa dan tenaga, menjadi “barah” dalam kalangan pendidik.
“Saya antara guru yang uruskan ujian lisan SPM tahun lepas. Saya guru interlokutor iaitu guru yang bertanyakan soalan secara berulang-ulang kepada calon SPM, biasanya dari sekolah sama (dengan calon peperiksaan).
“Bersama saya ada guru penilai (assessor) dari sekolah lain yang tidak bertanyakan soalan. Guru interlokutor dibayar RM75 secara ‘one-off’ manakala guru penilai dibayar RM150 juga ‘one-off’.
“Masalahnya, jika seseorang guru kena aju soalan untuk sekolah yang ada ramai calon dan memakan masa berhari-hari, bayaran tetap RM75. Jika bernasib baik dapat sekolah kurang murid, dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari. Kesian pada guru yang bekerja berhari-hari, tapi dapat bayaran sama rata dengan yang kerja sehari,” dedahnya.
Guru interlokutor menyumbang enam markah sementara guru penilai menyumbang 18 markah dalam sesuatu ujian lisan.
Tuntutan perjalanan juga dipotong untuk ‘penjimatan’
Bukan itu sahaja, guru yang berkhidmat di selatan tanah air ini mendakwa, tuntutan perjalanan oleh petugas peperiksaan daripada mengawas sehingga penanda kertas jawapan selalunya dipotong sana sini, atas alasan penjimatan.
“Masing-masing guru-guru berasa serik jaga peperiksaan dan tanda kertas jawapan SPM tahun sudah. Sudahlah bayaran lambat dan masih belum dibayar sehingga hari ini, tuntutan elaun perjalanan yang tidak seberapa itu pun mahu dipotong sana-sini.
“Pihak kementerian mahu berjimat. Kami para guru? Kami pun ada komitmen kepada pasangan, anak-anak, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya. Sekali-sekala tak apa. Kalau saban tahun macam ini? Siapa tahan?” keluhnya yang sehingga kini masih belum menerima bayaran mengendalikan ujian lisan, walaupun sudah tujuh bulan berlalu.
Ujian lisan diadakan pada Februari lepas (sesi pertama) dan sesi kedua pada April untuk calon yang terkena wabak covid-19.
FMT sebelum ini melaporkan masih terdapat guru-guru yang mengawas dan menanda kertas peperiksaan SPM dan lain-lain, belum mendapat bayaran penuh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
FMT berhasil menjejak seorang lagi guru yang mengajar di utara tanah air yang sehingga kini masih belum mendapat bayaran mengawas peperiksaan.
Guru itu memaklumkan beliau baru sahaja menghubungi pihak berkaitan bertanyakan status bayarannya dan jawapan yang diterima adalah “harap bersabar, masih banyak lagi”.
“Saya baru sahaja hubungi unit kewangan SPM, katanya masih dalam proses lagi. Saya persoal balik (KPM) kata paling lewat bulan lapan? Sekarang dah bulan sembilan dan dia jawab harap bersabar puan sebab masih banyak lagi,” katanya.
Biarlah berbaloi masa, tenaga dicurahkan
Ibu kepada lima orang anak itu memberitahu para guru tidak minta dibayar mahal namun biarlah berbaloi dengan masa dan tenaga yang dicurahkan.
“Bukan kami minta bayaran tinggi, tapi setimpal dengan tekanan masa dan kerjanya. Ini internet pun kena pakai sendiri punya, elaun dipotong sana sini dan bayaran tersangat lambat.
“Kalau semua guru sepakat, tak nak buat kerja-kerja ini lagi pada SPM akan datang, baru mereka tahu, langit itu tinggi ke rendah. Tapi itulah, kami ini (guru) bukan jenis yang ingkar arahan tak bertempat, tapi rasa tak patut, orang perah keringat kita macam itu sahaja,” katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon memberitahu pihak kesatuan maklum akan perkara ini dan dalam peringkat rundingan dengan KPM.
“NUTP sedang berunding dengan KPM”, katanya. FMT
Makin ramai guru serik terlibat SPM, peperiksaan lain
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
You must be logged in to post a comment.