RIP, pakai pandangan mufti – Idris

RIP, pakai pandangan mufti – Idris

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan “rest in peace” atau RIP kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

“Kita pakai pandangan mufti kita,” katanya ringkas selepas merasmikan perhimpunan dwibulanan agensi hal ehwal agama di Menara TH Tun Razak.



Beliau mengulas mengenai pendapat sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol bahawa orang Islam boleh mengucapkan “RIP” bagi melahirkan takziah kepada kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Tambahnya, belas kasihan Allah tidak tertakluk kepada orang Islam saja.

Pandangan itu sebagai membalas kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini bahawa orang Islam dilarang mengucapkan “rest in peace” kerana orang Islam tidak boleh mendoakan keampunan untuk orang bukan Islam seperti dinyatakan dalam beberapa hadis.

Akyol berkata, kenyataan pejabat mufti itu adalah pandangan biasa dalam kalangan orang Islam hari ini mengenai hari akhirat di mana orang bukan Islam ditempatkan di neraka dan orang Islam tidak dibenarkan mendoakan roh mereka.



Jelasnya, pandangan itu wujud kerana tradisi Islam arus perdana, yang dicipta ketika zaman konflik keagamaan dan keagungan, tidak dapat menerima “mesej toleransi, universal al-Quran”. FMT

RIP, pakai pandangan mufti – Idris


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker