India desak Google banteras aplikasi pinjaman wang haram
India desak Google banteras aplikasi pinjaman wang haram
Kerajaan India dan bank pusat negara itu mendesak Google supaya melaksanakan pemantauan lebih ketat untuk mengekang kemunculan pelbagai aplikasi pinjaman wang digital yang tidak sah di negara itu.
Reuters melaporkan, walaupun Google tidak berada di bawah perhatian Bank Rizab India, syarikat gergasi teknologi itu sudah beberapa kali dipanggil dalam tempoh beberapa bulan lalu dalam mesyuarat bersama bank pusat dan pihak pemerintah.
Perjumpaan itu antara lain mahu memperkasa langkah pemantauan dan penilaian yang membantu membanteras aplikasi seumpamanya.
Pihak berkuasa India sebelum ini sudah memberi amaran kepada pihak peminjam wang supaya memastikan supaya operasi mereka mengikut prosedur yang betul dan tidak menggunakan aplikasi pinjaman haram.
Aplikasi berkenaan meningkat popular ketika pandemik, apabila ramai orang yang terdesak mahu menggunakan wang.
Bagaimanapun, terlalu banyak aduan diterima tentang urusan pinjaman yang akhirnya menjerat diri peminjamnya. Antara yang sering menjadi isu adalah mengenai kadar fi dan bunga yang terlalu tinggi, struktur pembayaran yang tidak mengikut garis panduan bank pusat, melakukan aktiviti pengubahan wang haram serta melanggar undang-undang kerajaan.
Google menjelaskan, pada tahun lalu pihaknya sudah menilai semula polisi pembangun Play Store bagi aplikasi perkhidmatan kewangan.
Antara langkah yang sudah diambil termasuk menambah syarat bagi pembangunan aplikasi pinjaman peribadi di India yang berkuat kuasa pada September 2021.
“Kami telah mengekang lebih 2,000 aplikasi pinjaman wang peribadi di Play Store yang menyasarkan India, kerana melanggar syarat.
“Kami akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dan badan industri untuk membantu dalam isu ini,” kata jurucakap Google.
Sementara bank pusat India menetapkan setiap aplikasi pinjaman wang perlu disokong entiti yang sah, penguatkuasaan dan pematuhan perlu juga dilakukan oleh Google. Aw
India desak Google banteras aplikasi pinjaman wang haram
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti