Honda Malaysia panggil balik 702 unit Civic, City

Advanced Driver Assistance System tidak aktif

Honda Malaysia panggil balik 702 unit Civic, City

Honda Malaysia memanggil semula 702 unit model keluarannya membabitkan City Hybrid bagi pengeluaran 2021 dan Civic pengeluaran 2022, sebagai langkah keselamatan kepada pemilik.

Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan bahawa isu keselamatan yang timbul disebabkan situasi di mana Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang tidak aktif dan ia dibuat sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga untuk menggantikan kamera yang dipasang pada cermin depan.

“Kamera mungkin tidak berfungsi dengan betul dan menyebabkan ADAS tidak aktif semasa pemanduan. Untuk isu ini, sejumlah 630 unit model City Hybrid 2021 terjejas.

“Sebab lain panggilan ini dibuat adalah membabitkan kimpalan tidak lengkap dalam pelaras luncur tempat duduk pemandu. Panggilan ini untuk membetulkan titik kimpalan pada pelaras luncur.

“Ia boleh menyebabkan tempat duduk pemandu tidak dipasang pada kedudukannya semasa memandu dan boleh menjejaskan perlindungan tali pinggang keledar untuk pemandu. Sejumlah 72 unit Civic 2022 terbabit,” katanya.

Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model pengeluaran serta jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam panggilan semula produk berkaitan.

“Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.

“Syarikat percaya panggilan balik produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia.

“Honda Malaysia akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat untuk pelanggan. Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk,” katanya.

Honda Malaysia turut menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima pemberitahuan bagi membolehkan kenderaan diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Honda Malaysia menggalakkan pelanggan memuat turun dan mengemas kini butiran mereka melalui aplikasi mudah alih, HondaTouch untuk pengesahan lanjut mengenai panggilan balik ini.

“Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan disebabkan panggilan semula ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” katanya.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka mengenai panggilan semula produk berkenaan dengan menghubungi nombor bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau log masuk ke productrecall.honda.com.my. BH

Honda Malaysia panggil balik 702 unit Civic, City


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker