Pendaki terduduk, pegang dada sebelum mati
Pendaki terduduk, pegang dada sebelum mati
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Haji Yusuf di Kampung Berapit di Tikam Batu, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11 pagi.
Menurut beliau, mangsa Azlan Ahmad, 45, yang bekerja di Penang Port, Pulau Pinang dan tinggal di Kampung Alor Bemban di sini, ke lokasi terbabit untuk melakukan aktiviti itu secara berseorangan pada pukul 7 pagi.
“Sewaktu menuruni bukit itu kira-kira pukul 11 pagi, saksi yang juga pendaki lain nampak mangsa mangsa duduk kepenatan sambil memegang dadanya.
“Saksi itu kemudian turun ke kaki bukit untuk meminta bantuan rakan pendaki lain dan apabila kembali semula ke lokasi didapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurut Zaidy, saksi kemudian menghubungi ambulan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba ke lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan hasil ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19.
Jenazah kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Kata Zaidy, semakan awal dengan adiknya mendapati mangsa tidak mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik walaupun pernah disahkan sebagai positif Covid-19 sebelum ini. Utusan
Pendaki terduduk, pegang dada sebelum mati
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
You must be logged in to post a comment.