Air pasang besar landa Kuala Kedah

Air pasang besar landa Kuala Kedah

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar melanda Kuala Kedah hari ini mengakibatkan beberapa kawasan di pekan itu yang terletak berhampiran pesisir pantai dinaiki air.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, turut terjejas 30 rumah penduduk selain gerai di jeti Kota Marina, Jalan Tok Pasai dan Terminal Feri Kuala Kedah.

“Paras air menunjukkan peningkatan kesan daripada air pasang besar. Terdapat rumah penduduk dan gerai yang terjejas. Keadaan bagaimanapun masih terkawal.

“Bacaan paras air dicatatkan setakat pukul 1.22 petang ini adalah 2.95 meter dengan cuaca tiada angin dan hujan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pemantauan akan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

“Kita menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing. APM akan melakukan pemantauan sehingga air pasang ini surut,” katanya.

Difahamkan fenomena air pasang di Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain berdekatan laut dijangka berlarutan sehingga Ahad depan dengan catatan paras air paling tinggi adalah hari ini.

Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena itu akibat pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari. Utusan

Air pasang besar landa Kuala Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker