Aset Udara TUDM, PDRM Bantu Cari Helikopter Hilang

Aset Udara TUDM, PDRM Bantu Cari Helikopter Hilang

Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah tiba di lokasi terakhir sebuah helikopter jenis Eurocopter dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, berkata aset udara TUDM dan PDRM itu dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

“Pusat Penyelarasan Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, memaklumkan helikopter dengan seorang juruterbang hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi tadi untuk penerbangan persendirian.

Helikopter itu dijadualkan mendarat pada jam 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, namun dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan KLATCC pada jam 12.16 tengah hari.

Lokasi terakhir helikopter itu dikesan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor dan Langkap.

Mengulas insiden itu, Chester berkata, sistem radar di KLATCC merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

“Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang, namun tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit,” katanya.BH

Aset Udara TUDM, PDRM Bantu Cari Helikopter Hilang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker