Ujian subjek wajib bagi syarat masuk universiti dimansuhkan

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim mengumumkan perubahan syarat pemilihan pelajar baharu memasuki universiti negeri (PTN), lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Nadiem berkata kementerian bersetuju memasuhkan ujian subjek seperti pemilihan kemasukan PTN sebelum ini.

“Pemilihan calon PTN sedikit berbeza kerana mereka tidak akan menduduki ujian subjek,” kata Nadiem.

Menurut Nadiem, ujian mata pelajaran bagi pemilihan memasuki PTN mewujudkan diskriminasi dalam persekitaran sekolah.

Diskriminasi ini terutama berlaku kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran tertentu kerana faktor ekonomi.

Justeru, Nadiem yakin keputusannya memadam ujian mata pelajaran dalam ujian kemasukan PTN mampu membawa perubahan yang lebih baik dan ketara kepada sistem pendidikan di Indonesia.

Nadiem turut mendakwa dasar baharu itu akan menjadikan pendidik lebih fokus dan tidak putus asa ketika sesi mengajar di sekolah.

Beliau kini sedang mempertimbangkan kaedah baharu dalam pemilihan calon PTN iaitu melalui tiga skim iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian, ujian skolastik dan ujian bebas. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker