Pelakon Sharifah Amani Kini Bergelar Isteri CEO, Terpikat Sikap Suami ‘Kawan Lepak Yang Sempoi’

Pelakon Sharifah Amani Kini Bergelar Isteri CEO, Terpikat Sikap Suami ‘Kawan Lepak Yang Sempoi’

PELAKON Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir, 38, yang merupakan seorang Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis pernikahan itu diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Pada majlis tersebut pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang namun wang hantaran dirahsiakan.

Usai pernikahan, Amani, 36, meluahkan rasa syukur perjalanan menuju ke alam perkahwinan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Kata Amani, dia meletakkan harapan agar fasa baharu yang akan dilalui oleh mereka menjadikan kedua-duanya lebih matang.

“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya Allah,” katanya

Detik pertemuan pasangan ini bermula tiga tahun lalu ketika Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi diketuai Ahmed Faris.

Bermula sebagai kenalan secara profesional, bibit-bibit cinta mula timbul antara mereka dan Amani mudah menerima Faris sebagai pasangan kerana lelaki itu sering menghiburkan hatinya.

“Dipendekkan cerita, selepas Covid-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh.

“Suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang sempoi dan terbaik,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang perancangan berbulan madu, pasangan ini terlebih dahulu mahu memberi fokus untuk pindah bersama selepas mendirikan rumah tangga dan menunggu masa sesuai untuk bercuti.

“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin.

“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua.

Kalau okay pun, mungkin akhir tahun ini,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Amani berkongsi berita gembira apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Faris menerusi satu hantaran gambar cincin di jari yang dimuat naik di laman sosial miliknya. mSTAR

Pelakon Sharifah Amani Kini Bergelar Isteri CEO, Terpikat Sikap Suami ‘Kawan Lepak Yang Sempoi’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker