MKT UMNO akan putuskan rundingan 27 kerusi kritikal dengan PAS
Pimpinan Umno akan menilai cadangan agar Umno bekerjasama dengan PAS bagi 27 kerusi parlimen.
Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dilaporkan berkata cadangan itu perlu melalui biro politik dan majlis tertinggi terlebih dahulu.
“Dia parti (Umno), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
“Sebelum MKT itu ada Biro Politik (putuskan) dan MKT (kemudian) akan buat sebarang keputusan tentang apa jua berkaitan parti (termasuk) keputusan (mengenai kerjasama dengan PAS),” katanya seperti dipetik BH Online.
Cadangan supaya Umno dan PAS bekerjasama untuk 27 kerusi “kritikal” datang daripada PAS.
Terdahulu, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob (gambar, atas) yang juga perdana menteri kelihatan menerima untuk mempertimbangkan idea itu.
Ismail Sabri berkata Pakatan Harapan akan mempunyai kelebihan dalam perebutan 27 kerusi itu jika Umno dan PAS turut bertembung.
“Itu satu cadangan yang perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku pertembungan di dalam kerusi kritikal, kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang.
“Pakatan Harapan (PH) akan dapat kelebihan jika ada pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pas. Ini satu cadangan saya rasa boleh diberi pertimbangan.
“Kalau kita dapat tahu kalau berlaku pertembungan, PH akan menang di kawasan itu, kenapa kita nak beri kemenangan percuma kepada mereka. Jadi boleh kita kaji dari segi cadangan itu,” kata Ismail.
Secara rasmi, Umno tidak menutup pintu kepada PAS kerana piagam Muafakat Nasional – dokumen yang dirangka untuk meneroka kerjasama pilihan raya yang ditandatangani pada 2019 – masih berkuat kuasa.
Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merupakan salah seorang pemimpin yang lantang mengkritik hubungan Umno-PAS.
Menurut Zahid, Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS, yang diibaratkannya “mandi dalam beberapa kolam.”
Jelasnya, hasrat bekerjasama yang disampaikan PAS hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional (MN) dahulu.
“Kini Umno perlu bergerak ke depan, parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak-tanduk dan sikap PAS sendiri,” tegasnya.
Zahid juga menyalahkan hubungan yang retak antara Umno dan PAS atas desakan parti itu untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : cprc@moh.gov.my
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.