Kate Middleton bergelar Princess of Wales, teruskan legasi Puteri Diana
LONDON – Raja Charles III dalam ucapan pertama sebagai pemerintah baharu Britain telah mengesahkan memberi gelaran Prince of Wales dan Princess of Wales buat anak sulungnya, Putera William dan isterinya, Kate Middleton, lapor portal berita MailOnline semalam.
Menerusi ucapan yang berlangsung selama sembilan minit itu, Charles menyerahkan gelaran dan tugas lamanya kepada William serta Kate yang kini menjadi pewaris takhta Britain seterusnya.
Apa yang menarik mengenai penyerahan gelaran ini adalah, status Princess of Wales yang menjadi milik Kate adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Diana mendapat gelaran Princess of Wales selepas berkahwin dengan Charles pada 1981 dan terus menggunakannya walaupun setelah pasangan itu bercerai pada 1996.
Ini kerana populariti Diana dalam kalangan rakyat Britain adalah sangat luar biasa sehingga baginda Ratu enggan menimbulkan spekulasi terutama perceraian yang berlaku adalah disebabkan kecurangan Charles.
Apabila Charles berkahwin dengan kekasihnya, Camilla Parker pada 2005, baginda memilih untuk tidak mengambil alih gelaran Princess Of Wales dan hanya dikenali sebagai Duchess of Cornwall yang merupakan gelaran buat suaminya yang kurang popular.
Ini kerana sentimen rakyat Britain terhadap Camilla pada ketika itu masih negatif dan kurang disenangi disebabkan sejarah perhubungannya dengan Charles semasa masih bergelar suami kepada Diana.
Apabila Charles menaiki takhta susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada petang Khamis (waktu tempatan), Kate menyandang gelaran Princess of Wales secara rasmi dan bakal meneruskan legasi mendiang ibu mentuanya, Diana.
Merupakan kerabat diraja yang popular dan disayangi, Kate dijangka tidak mempunyai masalah menjalankan tugas seiring dengan tanggungjawab yang hadir bersama gelaran tersebut. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
It’s None Of Your Business– Zul Ariffin