Perkhidmatan 5G daripada Maxis bermula esok

Perkhidmatan 5G daripada Maxis bermula esok

Maxis mengumumkan pelancaran rangkaian pelan baharunya dengan tawaran perkhidmatan 5G yang dinanti-nantikan, bermula esok.

Pelan yang dinaik taraf itu menawarkan lebih daripada dua kali ganda data untuk 4G dan 5G serta data bonus untuk 5G.



Pelan itu telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat bagi pengguna dan perniagaan, terutamanya untuk penggunaan kandungan video dan alatan produktiviti.

“Kami teruja untuk membawa pelan 5G kepada pelanggan kami setelah menerima persetujuan daripada pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini, serta menandatangani Perjanjian Akses bersama Digital Nasional Bhd (DNB).

“Pelan kami menekankan nilai yang menarik untuk semua segmen, dengan tumpuan pada kemampuan dan pengunaan agar semua individu dapat menikmati manfaat 5G,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.

Pelanggan sedia ada dan baharu Wifi Kediaman Maxis akan menikmati sambungan internet kediaman yang lebih baik di bawah pelan bulanan RM158, dengan kelajuan 4G/5G tanpa had.



Pelan ini termasuk penghala 5G premium untuk kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk memenuhi keperluan berbilang pengguna dan peranti.

Untuk menikmati faedah pelan baharu dengan 5G, pelanggan Maxis dan Hotlink sedia ada boleh menaik taraf pelan mereka melalui laman web, aplikasi Maxis atau Hotlink, atau melawati pusat Maxis terdekat. BH

Perkhidmatan 5G daripada Maxis bermula esok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker