Kalaulah jumpa mayat lebih awal
Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu.
Kalaulah jumpa mayat lebih awal
Johor Bahru: “Saya ada beberapa kali pergi sekitar Johor Bahru untuk mencari adik selepas membuat laporan polis mengenai kehilangannya, tetapi tidak menemuinya,” kata Muhammad Haziq Ramli, 34.
Muhammad Haziq adalah abang kepada jurutera tapak, Muhammad Hamizan, 33, yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di tempat letak kereta di Taman Sentosa, di sini, semalam.
Menurutnya, keluarga reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu, namun terkilan kerana keadaan mayatnya sudah mereput.
“Mak dan ayah pasrah serta reda, tapi dalam masa sama masih terkejut. Ayah ada sakit jantung, tak tidur semalaman selepas dapat berita (kematian adik) itu sebab dijumpai terlalu lewat sangat.
“Saya rasa terkilan juga, sepatutnya kes hilang ini ada pihak yang ambil serius. Kalau dapat jumpa lebih awal, walaupun sudah tiada (tidak bernyawa), keadaan mayat itu mungkin lebih elok,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurut Muhammad Haziq, arwah adiknya pergi bekerja seperti biasa sebelum gagal dihubungi.
Katanya, dalam tempoh kehilangan adiknya kira-kira tiga minggu sejak 19 Mei lalu, dia ada cuba mengesan arwah dengan mencari sekitar Bandar Penawar dan Johor Bahru.
“Saya difahamkan arwah memang ada kenalan di kawasan sekitar Johor Bahru, tetapi tidak pasti siapa yang dia jumpa pada Sabtu malam Ahad itu.
“Setakat yang saya tahu, dia memang tiada penyakit kronik, tambahan pula kerjayanya sebagai jurutera tapak. Saya rasa profesion ini memerlukan seorang yang sihat untuk sentiasa berada di tapak.
“Arwah juga tiada masalah kewangan dan dalam pengetahuan kami, dia tidak pernah membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berdaftar. Kalau ada pinjaman pun, dengan pihak yang berdaftar seperti bank.
“Arwah baik, dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga dan mudah dihubungi sebelum kehilangannya,” katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 4, Kota Tinggi, malam tadi.
Semalam, misteri kehilangan Muhammad Hamizan terungkai selepas lelaki itu ditemukan meninggal dunia dalam kereta miliknya di Taman Sentosa, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dipetik berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 11 pagi dalam keadaan sudah membusuk.
Terdahulu, pada 28 Mei lalu media melaporkan seorang abang meminta bantuan orang ramai agar memaklumkan kepada balai polis sekiranya mempunyai maklumat berikutan kehilangan adiknya sejak 19 Mei lalu bersama kereta Saga FLX berwarna merah. HM
Kalaulah jumpa mayat lebih awal
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.