Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf

Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf

”Boleh ke Parti Islam bekerjasama dengan parti yang telah dilabelkan sebagai parti ‘rasuah’, ‘penyamun’ dan ‘perompak’?,” soal Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Soalan itu ditanya Ketua Pemuda UMNO selepas membaca komen-komen pemimpin dan pendukung Pas dalam media sosial.



Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sama sekali berbeza kerana selama ini Pas cukup bertegas menolak kerjasama dengan dengan mereka yang dibuktikan bersalah kerana pecah amanah, salah guna kuasa serta rasuah dalam kepimpinan mereka.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri antara pemimpin parti yang terpalit dengan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pada 8 Mei lalu, Ahmad Zahid berkata, kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN itu berkata, ini kerana UMNO telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.



Himpunan Penyatuan Ummah Piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sept 2019, antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam serta Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

“Apa-apapun terima kasih kepada sebahagian pimpinan dan pendokong yang masih rasional,” ujar Asyraf Wajdi. MG

Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker